kek kat bawah ni lak kek ak wat dari resepi kak mun....kek kontreversi ni...ak mengajuk ngan ayah ak pasal die tak bagi wat kek cokelat....tp kek tu takde la bercokelat pun....juz guna serbuk koko je...last ak wat gak time die takde.die g kuantan...malam die balik tu huhuhu try guess...ayah ak n mak ak iye2 makan kate sedap...baru tau hihii...so no hard feeling la...ak ni sensitif sikit ngan family cepat merajuk...anyway kak mun...mak ak kate sedap kek ni
p/s: yang atas tu ak letak hiasan cokelat berbetuk batu
ni resepi die since ramai tgk tp takde resepi nk thanks tu kak mun kerana bg resepi ni
Bahan-bahan ( 7" loyang bulat )
* *** Bahan A ***
* 180 gram mentega
* 20 gram serbuk koko, diayak
* 120 gram tepung naik sendiri, diayak
* 1 sudu teh baking powder, diayak
* 170 gram gula kaster
* 3 biji telur (kita guna saiz B)
* *** Bahan B ***
* 250 gram krim keju
* 60 gram gula kaster
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 biji telur
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak
Gaul rata.
2. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.
3. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan.
Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
4. Tuangkan baki adunan A.
5. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins atau dikukus selama 1jam atau sehingga masak
.Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
6. *** kita bakar 50minit pun dah cukup
7. *** kalau koko powder tu kaler gelap lagi cantik kek nih :)
1 comment:
tak de ke resipi rockkek saya nak ni!!! cepa la bagi ya..
Post a Comment